Thursday, May 08, 2014

New Student #Tips dan Pengalaman

"Susah tak kena selalu pindah sekolah?"
"Best tak sekolah ni?"
"Mana lagi best dengan kat sana?"
"New student eaa?

Yuppp. Antara soalan yang common tanya/ditanya bila budak masuk sekolah baru. Sejak kecil, saya selalu pindah tempat, pindah negeri, pindah sekolah. Mula-mula rasa macam tak best, kenapa kita kena selalu pindah? Tuptup, cukup setahun je pindah, paling lama tiga tahun, paling kejap 6 bulan. Sampai lama-lama dah tak kisah, dan bila tak pindah jadi masalah pulak, semua pakat duk tanya abah bila kita nak pindah. Macam-macam budak-budak ni heeh. 

My first school dekat Kuantan,Pahang. SJK(C)Chung Ching , masa tu darjah Satu, even tak tahu apa2 tapi semangat jugak masuk sekolah cina, jujurnya memang sepatah haremmm tak reti apa, kawan pun takde. Lepas 6 bulan, pindah ke Terengganu. SJK (C)Chung Hwa Wei Sin. Kat sini dah ada kawan haha mula aktif sikit2.
Naik darjah Dua dah pindah balik Kelantan, SJK(C)Yok Eng. Kat sini baru mula rasa sekolah sebab dapat duduk lama sikit. Cikgu dapat kenal kita, lepastu baru dapat peluang nak jadi ketua darjah etc.



#1 First, be yourself. Lepas tu, jadi budak baru ni muka kena tebal, kita masuk tempat orang mestilah kita kena jadi humble-sehumblenya. Kalau boleh tak nak buat sesuatu yang boleh buat orang benci dengan kita. Rasa annoying macam mana pun tempat/budak tu, kita kena terima. Dan tak perlu nak compare dengan tempat lama.

#2 Tapi dorang ni biasa akan tanya, mana lagi best? Nak jugak suruh kita compare, pastu suruh jujur cakap tak kisah kalau sini lagi teruk. Tapi dalam hati kita pun tau, sapa yang nak dengar tempat sendiri lagi buruk dari tempat orang, kannn? Takde orang yang suka kena kutuk. Menggunakan common sense yang ada, saya selalu susun ayat sebaik-baiknya, diharap tak mengguris perasaan sesiapa. Lagipun, setiap tempat ada baik buruknya. Tanya saya, semua sekolah saya pergi best!! Dah nama sekolah memang macam2 rules dengan macam2 ragam cikgu , but that's okayyy, yang penting macammana kita bawak diri kita.

Tengah tahun form 1 dari Kelantan pindah balik Kuantan. Form 4 still stay Kuantan tapi masuk sekolah lain. Masa ni abah kerja KL. Form 5 baru pindah Sarawak. 


#3 Bila masuk sekolah baru yang duduk setahun je tu agak spoil. Mana taknya, orang lain Form5 dah jadi senior kat sekolah, cikgu-cikgu dah kenal, kita terkontang-kanting sorang2. Bukan tak friendly, tapi style aku bukan jenis yang bising2. Aku bukan jenis yang straight forward jugak, mungkin susah nak rapat sebab dah biasa duk sorang. Memang aku tak kesah. Tapi harap budak-budak sekolah semua sedar yang janganlah layan budak baru ni macam tak wujud sangat. Walaupun setahun ke sebulan ke dia menumpang kejap, berkawanlah elok2.

#4 Dapat pegang title ''new student", ada budak2 pandang slek sebab tak pernah nampak, datang dekat yang nak berkenalan,yang pandang dari jauh sebb nak judge dulu.
Selalu yang datang tegur dulu jenis budak hot sekolah. Geng dia semua budak hot junior dan hot senior. Kalau masuk geng kemungkinan boleh dapat title "hotstuff" jugak hahaha. 

#5 Ada budak-budak yang senyap je dulu, bila "new student" dalam kesusahan diorang akan cuba tolong, dan yang ni selalunya boleh jadi kawan rapat, banyak benda boleh share. 

#6 Jaga-jaga dengan Si Buli!! Alhamdulillah kawan2 semua baik jadi saya tak pernah kena benda macam ni. Sebab tu penting untuk tunjuk garang, dalam kita lembut kena tegas jugak, jangan duk asyik ikut kepala orang je. Jangan takut lagi2 dengan budak laki, buat rileks buat cool baru takde yang berani  kacau. Baik belajar cara nak protect diri juga,HAIPP SAYA TAU KARATE *peace*  

#7 Lain negeri lain bahasa, lain sekolah lain budaya. 
Macam-macam kan, tapi takdelah sampai culture shock pun, setakat duk pusing pantai timur je, paling jauh pun....Kuching. 
Ada sekolah yang:.........
- tak bagi student makan kat atas meja, suruh makan atas lantai
- tak boleh tepuk tangan kuat2
- baju pj sampai ada dua
- denda dalam bentuk latihan sukan,contoh: pumping/lari padang sepuluh pusingan
- denda sebat student atas pentas
- setiap hari solat jemaah
- cikgu disiplin banyak buat fake acc fb sebab nak perangkap student yang couple
arhhh banyak lagi!! Sekolah Anda Bagaimana Pula?

Sebenarnya ni semua adalah keunikan setiap sekolah itu sendiri. Kalau semua sekolah sama tak syokk lah pulak kan. Bila terkenang balik, baru boleh senyum sorang2. 

Bila masuk Palam, memang lain terus dari sekolah. Dahlah ramai budak asrama SBP/MRSM, dorang ni ramai geng dan kenalan. Kita ni setakat sapa je, heee duk je sensorang dulu, berkat muka tebal ni pergi je menempel kat semua orang. Tak kesah. Tak perlu malu. 

No Shame, Good luck kepada semua yang akan jadi new student =) . 

All the best kepada semua Asasians Palam yg tengah tunggu results keluar. Rileks cool ye, InnsyaAllah ada rezeki tak kemana. Lepas ni masuk Degree boleh guna tips new student ni jugak okeyh.

Assalamualaikum, *winktodie4*

      




No comments:

Sambut Hari Raya Aidilfitri di Seoul,Korea (2017)

Kira-kira dua minggu lepas kami sekeluarga telah ke Korea, spesifiknya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Macammana sambut H...