Wednesday, May 07, 2014

Kebersihan: Muslim VS Non- Muslim

Hai kawan-kawan =)

Islam mengajar kita supaya saling menyayangi, hormat-menghormati, sentiasa menjaga kebersihan dan banyak lagi nilai-nilai yang baik. Malangnya, masih ada segelintir yang tak berjaya mengamalkan semua ni, termasuk diri saya sendiri. Memang betul yang kita tak pegang benda2 haram, berbanding non muslim sentuh anjing,b**i bagai. Kalau kita pegang kena samak, dorang tak. Tapi pasti ke tahap kebersihan kita/Islam dah cukup memuaskan, kalau nak dibandingkan dengan non-muslim, dan luar negara?
Saya teringat kata-kata seorang ustaz ni, "Saya ke negara bukan Islam, tapi saya lihat Islam di sana. Bila saya pulang ke Malaysia, saya tak nampak Islam di negara ni."
FAHAM TAK SARKASTISM KAT SITU??! tak? ok fine


Di sini , saya nak ingatkan soal kebersihan. Tahu tak betapa pentingnya menjaga kebersihan ni? Pernah belajar tak adab dengan alam sekitar? yeappp, semua tu ada kita belajar kat sekolah, masa nak exam kita baca, lepastu terus lupa. *dusshhh kena batang hidung sendiri,terus pergi basuh toilet*
Tandas kotor jejas Imej Negara
Tandas Kotor Sikap buruk Masyarakat
Budaya menjaga kebersihan ini bermula dari rumah. Setuju tak? Ok sekarang cuba jawab soalan di bawah dengan jujur untuk menilai tahap kebersihan diri anda.

1) Di rumah, berapa kali sehari buang sampah?_ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
2) Berapa kali basuh toilet rumah yang guna setiap hari tu?...Seminggu sekali?Sebulan sekali ke Dua Tiga bulan sekali? _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ __
3) Berapa kali sapu rumah/bilik? _ _ _ _ _ _ _ _ _
4) Bukak almari baju, tengok susunan baju tu macammana? tersusun rapi ke...senget-benget? Ke tak lipat terus? _ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _
5) Berapa kali tukar tuala dalam sebulan?_ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _
6) Lepas makan terus basuh pinggan/kemas meja atau basuh tangan sendiri then terus angkat punggung?_ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _
7) Lepas makan di kedai,angkat punggung terus tinggal dengan meja kerusi dan pinggan yang penuh berselerak? atau kumpul pinggan mangkuk dan sampah setempat, masukkan kerusi, baru tinggal tempat tu?_ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _
8) Lepas makan aiskrim/ minum air, botol/plastik buang di dalam tongsampah?, atau sambil2 jalan tu dah jatuhkan sampah2 ni atas/tepi jalan..hmmm?_ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _
9) Pernah meludah di tepi jalan? nak lagi adventure, bukak pintu kereta atau tingkap dengan langsung takde rasa bersalah *haktuihhh* kat situ?_ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _
10) Yang bela haiwan/kucing/hamster/etc, macammana bau rumah? macam hamster ke macam rumah manusia?_ _ _ _ _ _ _   _ _ _ _

Tepuk dada nilai sendiri di mana tahap kebersihan masing-masing. Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin ramai yang anggap ini hal kecik.
"Hek elleh, kan dah upah orang kutip sampah tepi jalan tu, biar dorang buat kerja dia." Budak tadika pun tak berfikiran macam ni. --,--"

Orang tak nampak,Allah nampak, Kalu takde tong sampah,simpan dulu sampah tu, patut Malaysia buat denda macam Singapura jugak.
Normal, bagi pelancong yang datang untuk membandingkan negara dia dengan negara yang dilawati tu.  Jadi bila tandas awam kita kotor, sampah penuh tepi2 jalan, sekitar bandar. Adakah ini sebuah negara Islam yang kita nak bangga-banggakan? SHAME ON YOU. Jangankan nak tarik orang bukan Islam, diorang pandang pun tak.

Saya tahu kawan-kawan saya semua pandai-pandai, tapi janganlah asyik baca buku je sampai tandas sendiri tak pernah nak cuci, bilik penuh habuk/rambut bagai. Lebih-lebih lagi tempat yang kita nak beribadat, menuntut ilmu, tu semua perkara baik. Jadi lengkapkan ia dengan tempat yang suci dan bersih.

Kita kena ingat erti suci dalam Islam lebih besar maknanya, bukan sekadar bersih dari pandangan fizikal, haruslah suci dari segi hukum juga.

Till here, "Sayangi Alam Sekitar" daripada Menteri Alam Sekitar Dalam Blog-EreenMrcn

No comments:

Sambut Hari Raya Aidilfitri di Seoul,Korea (2017)

Kira-kira dua minggu lepas kami sekeluarga telah ke Korea, spesifiknya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Macammana sambut H...