Assalamualaikum.
Dari semalam lagi nak update blog ni, tapi idea asyik terbantut. Pagi ni idea datang mencurah2 lepas tengok program2 ilmu. Alhamdulillah. Setiap pagi semua siaran menjurus kepada pengisian rohani kita. Hari ini semua tajuk berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.
gambar dari google
Subhanallah. Dah dengar banyak kali pun tetap berasa kagum. Kronologi peristiwa ini banyak mengajar kita...baik yang tersurat atau tersirat. Pastikan anda baca kisah Israk Mirraj yang lengkap ini di Bog Cik Yatiey Chomeyl . Saya suka sangat baca yg cik yatiey ni sebab memang penuh dengan pengisian.
Sedikit perkongsian, Israk Mikraj berlaku saat Nabi Muhammad S.A.W. sedang bersedih di atas pelbagai dugaan yang menimpa diri baginda. Hanya kepada Allah tempat baginda mengadu. Kemudian bermulalah kisah perjalan Nabi S.A.W. yang diangkat hingga ke langit ke7. Subhanallah.
Pada saat ini juga, Allah menurunkan perintah solat. Lima waktu sehari semalam yang telah dikurangkan daripada 50 waktu sehari semalam. Dalam pada 50 dan dikurangkan kepada 5...berapa kali Nabi S.A.W bertemu dengan Allah. Hal ini dikatakan, untuk menghilangkan rasa sedih baginda yang sebelum ini.
Oleh sebab itu, kita diwajibkan bersolat. Di saat gembira...ingat pada Allah. Di saat berduka juga kembali pada Allah....iaitu dengan cara...bersolat. Berhubung dengan Maha Pencipta, sesungguhnya Allah akan perkenan doa hambanya yang bersungguh2..lebih-lebih lagi doa orang yang teraniaya.
Salam Israk Mikraj. Salam Rejab. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk meningkatkan ibadah dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini.


No comments:
Post a Comment