PROGRAM BAKTI SISWA
MASYARAKAT ISLAM ACEH
25 JANUARI 2016 HINGGA 30
JANUARI 2016
“Niat
Itu Seperti Surat. Salah Alamat, Salah Sampai Tempat.”
Alhamdulillah,
22 orang sukarelawan bersama seorang pegawai pengiring dan dua orang wakil
media telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
(KLIA2) pada pukul 6.00 petang jam Malaysia pada tarikh 30 Januari 2016. Di
saat jurnal ini sedang ditulis, ketahuilah pengalaman selama 6 hari 5 malam itu
bagaikan mimpi kepada kami semua. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Serambi
Mekah itu ibarat angan-angan yang kami bina selama hampir 5 bulan, siapa sangka
akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya percaya yang semua ini bermula dengan niat.
Niat ikhlas untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mereka di Aceh.
Setibanya
di Aceh, saya menyedari betapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur
dengan segala nikmat yang kita peroleh. Saya turut merasa kagum dengan kekuatan
jati diri dan semangat untuk terus maju yang ditunjukkan dalam diri orang Aceh.
Sayu diri ini tatkala melihat keperitan hidup yang mendesak golongan-golongan
seperti anak yatim dan orang miskin, namun mereka sedikit pun tidak mengeluh,
malahan menjadikan keperitan hidup itu satu pemangkin untuk melangkah jauh ke
hadapan. Saya berasa sangat gembira setiap kali dapat bertemu dan beramah mesra
dengan anak-anak yatim dan orang miskin di sana, lebih-lebih lagi itu adalah
pengalaman pertamaku. Antara rumah anak
yatim dan perkampungan orang miskin yang kami lawati adalah Kompleks Perumahan
Tzu Chi, Rumoh Seujahtra Aneuk Nanggroe, Perkampungan Kutaraja dan Gampong
Jawa. Kami menari, menyanyi dan belajar bersama-sama dengan adik-adik di sana
dan memberikan sedikit sumbangan dan hadiah. Mungkin pada orang lain hal ini
tidak seberapa, namun ia sudah cukup untuk kami berikan sedikit cahaya
kegembiraan di wajah anak-anak ini. Semasa sesi Art Therapy bersama Dr.
Rafidah, sekali lagi saya diberikan peluang untuk bersama-sama menyelami hati
dan perasaan anak-anak kecil ini. Sebak dada apabila ramai yang menyatakan
kerinduan terhadap ahli keluarganya. Apa yang dapat saya lakukan untuk bantu
mereka? Saya dan rakan-rakan lain cuba sedaya upaya memberikan kata-kata
semangat dan berusaha meyakinkan mereka untuk terus kuat dalam mengejar impian
masing-masing.
Di
samping itu, kami juga berpeluang untuk ke beberapa tempat bersejarah
peninggalan Tsunami pada tahun 2004. Antaranya Kuburan Masal, Kapal Apung,
Masjid Baiturrahman, Masjid Baiturrahim, dan Kubah Terapung. Walaupun sudah 12
tahun Tragedi Tsunami di Aceh telah berlalu, namun kesan peninggalannya itu
cukup untuk memberikan keinsafan dan membuktikan kebesaran Allah S.W.T kepada
kami semua. Agak terkilan diri ini apabila saya tidak berpeluang ke Muzium
Tsunami tetapi perlu ke Kantor Dinas Sosial bagi menguruskan hal berkaitan
makan malam. Di saat itu, saya telah pelajari perkara baharu di mana walaupun
kita serumpun, namun adat kita berbeza dan adat untuk majlis makan malam juga
berbeza. Majlis Penutup dan Malam Kebudayaan merupakan malam kemuncak kami di
sana, ia dihadiri oleh Prof Madya Sr Hj Ahmad Yaziz bin Hj Ahmad dan Wali Kota
Banda Aceh. Tidak akan saya lupakan pengalaman pertama melakukan persembahan
tarian Ngajat Tampi di hadapan hampir 100 orang. Bayangkan, kami semua yang
tiada asas menari, telah bertungkus-lumus mempelajari tarian ini selama hampir
tiga bulan untuk dipersembahkan pada malam itu.
Akhir
sekali, pengalaman menyertai misi kemanusiaan peringkat antarabangsa ini telah
memberikan seribu satu erti yang sungguh bermakna dalam hidupku. Hubungan
persahabatan yang telah terjalin erat antara Malaysia-Malaysia dan
Malaysia-Aceh merupakan satu petanda bahawa program ini sangat berjaya.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi
MARA atas peluang yang diberikan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pemberi semangat kami, Puan Noor Afzan binti Zakaria merangkap guru Subjek
Kokurikulum Pengucapan Awam kerana sentiasa memberikan aura positif dan
kata-kata semangat kepada kami semua. Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan
kepada sahabat-sahabat baru daripada Universiti Syiah Kuala dan Universiti Islam
Ar-Raniry yang banyak membantu dan menjaga kami sepanjang program berlangsung.
Tidak lupa juga, salam sayang dan terima kasih buat sahabat-sahabat
seperjuangan yang saling melengkapi antara satu sama lain yang saya kira
merupakan penggerak utama kepada misi ini. Semoga hubungan yang terjalin kerana
Allah ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
“Sebagai
Manusia, Aku Sayang Padamu.”
NURSYAZREEN
BINTI WAHID MARICAN
HPD
222A
UITM
SHAH ALAM
Infiru! Berangkatlah! Maju kehadapan dan berjihad kerana Allah, terus melangkah kuat dan gagah mengharungi liku-liku kehidupan. Senyum tatkala kehadapan, jangan angankan perkara yg sudah berlalu, sedia membantu demi bangsa agama dan negara, kerana firman Allah menyeru kita untuk sentiasa berbakti kepada yang memerlukan.
"Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dgn keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tggungjawab) dan berjihadlah dgn harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah untuk membela orang Islam , yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah:41)
Infiru! Berangkatlah! Maju kehadapan dan berjihad kerana Allah, terus melangkah kuat dan gagah mengharungi liku-liku kehidupan. Senyum tatkala kehadapan, jangan angankan perkara yg sudah berlalu, sedia membantu demi bangsa agama dan negara, kerana firman Allah menyeru kita untuk sentiasa berbakti kepada yang memerlukan.
"Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dgn keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tggungjawab) dan berjihadlah dgn harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah untuk membela orang Islam , yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah:41)






No comments:
Post a Comment