Kenapa perlu semua ni?
Sebab ni penjagaan muka yang asas.............
Basic Skincare Routine!

Tapi sebelum tu, kita kena tau jenis kulit kita ni macammana...kering ke? normal? berminyak? atau kombinasi? Saya...........KOMBINASI. Macammana tau? hmmmm banyak-banyak buat eksperimen kat muka sendiri.
1) PENCUCI MUKA
Mula-mula kena test pencuci muka tu sesuai ke tak dengan jenis kulit kita. Kita juga disarankan agar tak terlalu kerap cuci muka. Ya, jangan selalu cuci muka! Saya maksimum sehari dua kali. Sebelum tidur yang wajib, tapi bangun pagi yang masa subuh tu jangan cuci muka guna produk pencuci! Guna air sahaja cukup. Masa kita tidur, muka kita akan keluarkan natural oil yang baik untuk kulit, untuk melindungi kulit. Kebanyakan produk pencuci ni dia akan menghilangkan semua minyak asli tadi..which is not good.
2) SKRUB
I love scrub! Skrub pakai dalam 2/3 kali seminggu. Bila kita skrub muka atau badan, segala sel-sel mati akan tertanggal dari muka lepastu muka rasa licin sangat. Sel mati sebab dah lama terdedah pada pancaran matahari (UVA/UVB). Sebab tu kadang-kadang kulit boleh jadi kusam, tak bermaya, tapi bila skrub kulit kita akan glowing glowing balik.
3) MASK
Mask ni amat bagus sebab dapat bagi macam-macam nutrien untuk kulit dan kita pun akan rasa segar. Tapi yang ni saya malas sikit, sebab kena tunggu pastu cabut/basuh, agak leceh. Tapi homemade mask kalau buat memang best dan sangat berbaloi! Mask ni pun 2/3 kali je seminggu.
4) TONER
Toner aka penyegar. Toner ni untuk menyegarkan dan mengecilkan pori-pori muka. Lepas cuci muka, pakai toner.,untuk pastikan semua kotoran betul-betul tanggal. Toner ni kan sejuk, sebab tu dapat kasi kecilkan pori-pori. Ada tiga cara untuk pakai toner.
---------Cara cepat: Titis atas tangan terus tepuk atas muka.
----------Cara biasa: Titis atas kapas, lepas tu sapu kat muka
----------Cara mask: Basahkan dua tiga kapas dengan toner, tekap dekat muka, biarkan 20-30 minit.
5) SERUM
Serum ni paling cepat bertindak masuk dan memberi kesan ke atas kulit kita. Tekstur serum yang sangat halus dan ringan sebab tu dia senang bawak nutrien masuk ke dalam kulit. Harga serum ni boleh tahan jugak tapi berbaloi sangat.
*ACNE solution.
Lepas pakai serum, baru sapu ubat jerawat di bahagian tertentu.
6) MOISTURIZER/ PELEMBAB
Do not underestimate the power of a MOISTURIZER. Pelembab ni bagi saya sangat penting dan saya tak akan pernah tinggal. Sebab utamanya adalah kulit yang kering. Pakai pelembab memang dapat cover masalah ni. Pemakaian pelembab juga penting untuk sesiapa yang mempunyai kulit jenis berminyak, cuma kena pakai yang sesuai dengan kulit. Untuk kulit berminyak, cuba guna Organic Aid. Untuk yang sensitif, try Simple.
Sekian, untuk basic skincare routine.
To be continued..................basic makeup....next post!
Thank you.
No comments:
Post a Comment