Monday, June 30, 2014
Basic Skincare Routine
Aku suka baca dan ambil tahu dalam bab2 penjagaan muka. Lepas tu aku akan cuba praktiskan dan apa sahaja yang bagus kita share sama-sama. Dulu dengan kakak-kakak dan mama je, sekarang takde kerja dah start cerita dekat adik-adik lelaki aku. Untuk kebaikan diorang jugak. Aku kasi moisturizer, toner dan macam-macam lagi. Diorang pakai. Heheh dah kena paksa.
Kenapa perlu semua ni?
Sebab ni penjagaan muka yang asas.............
Basic Skincare Routine!

Tapi sebelum tu, kita kena tau jenis kulit kita ni macammana...kering ke? normal? berminyak? atau kombinasi? Saya...........KOMBINASI. Macammana tau? hmmmm banyak-banyak buat eksperimen kat muka sendiri.
1) PENCUCI MUKA
Mula-mula kena test pencuci muka tu sesuai ke tak dengan jenis kulit kita. Kita juga disarankan agar tak terlalu kerap cuci muka. Ya, jangan selalu cuci muka! Saya maksimum sehari dua kali. Sebelum tidur yang wajib, tapi bangun pagi yang masa subuh tu jangan cuci muka guna produk pencuci! Guna air sahaja cukup. Masa kita tidur, muka kita akan keluarkan natural oil yang baik untuk kulit, untuk melindungi kulit. Kebanyakan produk pencuci ni dia akan menghilangkan semua minyak asli tadi..which is not good.
2) SKRUB
I love scrub! Skrub pakai dalam 2/3 kali seminggu. Bila kita skrub muka atau badan, segala sel-sel mati akan tertanggal dari muka lepastu muka rasa licin sangat. Sel mati sebab dah lama terdedah pada pancaran matahari (UVA/UVB). Sebab tu kadang-kadang kulit boleh jadi kusam, tak bermaya, tapi bila skrub kulit kita akan glowing glowing balik.
3) MASK
Mask ni amat bagus sebab dapat bagi macam-macam nutrien untuk kulit dan kita pun akan rasa segar. Tapi yang ni saya malas sikit, sebab kena tunggu pastu cabut/basuh, agak leceh. Tapi homemade mask kalau buat memang best dan sangat berbaloi! Mask ni pun 2/3 kali je seminggu.
4) TONER
Toner aka penyegar. Toner ni untuk menyegarkan dan mengecilkan pori-pori muka. Lepas cuci muka, pakai toner.,untuk pastikan semua kotoran betul-betul tanggal. Toner ni kan sejuk, sebab tu dapat kasi kecilkan pori-pori. Ada tiga cara untuk pakai toner.
---------Cara cepat: Titis atas tangan terus tepuk atas muka.
----------Cara biasa: Titis atas kapas, lepas tu sapu kat muka
----------Cara mask: Basahkan dua tiga kapas dengan toner, tekap dekat muka, biarkan 20-30 minit.
5) SERUM
Serum ni paling cepat bertindak masuk dan memberi kesan ke atas kulit kita. Tekstur serum yang sangat halus dan ringan sebab tu dia senang bawak nutrien masuk ke dalam kulit. Harga serum ni boleh tahan jugak tapi berbaloi sangat.
*ACNE solution.
Lepas pakai serum, baru sapu ubat jerawat di bahagian tertentu.
6) MOISTURIZER/ PELEMBAB
Do not underestimate the power of a MOISTURIZER. Pelembab ni bagi saya sangat penting dan saya tak akan pernah tinggal. Sebab utamanya adalah kulit yang kering. Pakai pelembab memang dapat cover masalah ni. Pemakaian pelembab juga penting untuk sesiapa yang mempunyai kulit jenis berminyak, cuma kena pakai yang sesuai dengan kulit. Untuk kulit berminyak, cuba guna Organic Aid. Untuk yang sensitif, try Simple.
Sekian, untuk basic skincare routine.
To be continued..................basic makeup....next post!
Thank you.
Saturday, June 28, 2014
Eratkan Hubungan, First Step, Ramadhan.
Apa pesanan untuk hari ni ye??
Semangat nak update blog , tapi idea melayang.
Sebab esok dah nak puasa, jadi dari semalam mood baik, bukak whatsapp hantar dekat habis semua orang
"Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa! Mohon maaf segala silap dan salah"........
Feeling great. Ramai yang reply.
Sebab masing-masing busy. Tak salah kalau kita yang tengah free ni yang mulakan dulu. Dapat eratkan silaturahim.
Kadang-kadang hanya satu perkataan dan satu minit je yang perlu untuk kita buat baik. Contoh, SENYUM. Tengok orang senyum kat kita pun dah rasa happy. Senang betul saya ni happy kan =')
Rasa2 kalau yang dah lama tak contact tu, masa ni lah SEND "Ramadhan Mubarak kawanku!" kasi love lebih sikit. Mesti terus senyum yang baca tu.
Kalau dapat bagi HADIAH tu lagi bagus. Serius perasaan bila tiba-tiba dapat hadiah adalah best sangat. Saya dah dapat. dah rasa. =') kalau boleh tiap kali cakap/jumpa kawan yang bagi tu pun rasa nak ucap terima kasih =') Tahu kan, kalau kita yang dapat ni pun dah happy kemain, ni kan pulak yang memberi. Sesungguhnya, yang memberi itu lebih baik. Apatah lagi benda yang kita dapat guna selalu =')
Dan.....SEDEKAH. Ada macam2 cara yang boleh dikira sebagai sedekah, yang penting kita ikhlas.
Like gambar kawan dekat ig...atau like status kawan2 kt fb pun sebenarnya dah dapat ceriakan hari kawan kita tu. Bagi saya, like sebagai tanda "hai!" "saya tengok awak ni" "kita kawan" "great job" "I'm impressed with you" haha boleh jugak macam tu, nak lagi senang komen je yang baik-baik. Kenapa yang baik-baik je? Sebab ig/fb atau apa-apa je media sosial ni tersangatlah sosial sampai semua friendssss boleh tengok dan baca. Satu benda yang tak berapa sedap kita komen, hampir semua friendsss dia yang bukak dapat baca. Lagi teruk kalau yang mengaibkan. Nak tegur secara private lagi bagus.
Sama-sama kita jaga hati. Jangan buat hati orang lain rasa marah, pedih, sakit, sedih, pecah belah patah seribu. Cuba. InnsyaAllah kita pun terlindung dari segala penyakit hati.
Salam Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati.
Friday, June 27, 2014
Surah Al Kahfi
Oops. Downloads apps iQuran ni dah lama. Tapi sejak sebulan ni, setiap hari Jumaat mesti akan keluar reminder nih. Bagus betul kan!
dan....
bila keluar reminder..dah set dah dalam kepala ni..ok kejap lagi nak baca..
lepas tu, kejap lagi...makan, duduk, baca surat khabar, tengok cerita kejap..itu kejap ini kejap...
_
_
last last..........
_
_
_
Kebaikan baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
-

Wednesday, June 18, 2014
Resepi : Jus Pegaga
Hai everybody!
Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb delicious ni.
Pegaga memang terkenal dengan khasiatnya sejak dari dulu lagi. Paling famous untuk menyejukkan badan, awet muda, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi.
Pegaga ni makan saja pun dah sedap, ni try buat jus pulak.
Resepi:
- Seikat pegaga (lebih kurang secekak..beli kat pasar tadi seringgit)
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk
- 2 biji epal hijau #tips agar tak rasa muak dan tambah kesedapan#
- 2 sudu besar susu pekat (ikut rasa sendiri tapi seelok-eloknya sikit je)
- Beberapa ketul ais
- Secawan air sejuk
Cara-cara: Masukkan dalam mixer. Blend dan blend dan blend lagi sampai betul2 hancur dan halusss.
SIAP! Sedap diminum sejuk2... Mmmmmmmm.
_
_
_
_
_
_
_
_
_
Kalau nak dapat khasiat lebih lagi, pegaga ni buat ulam makan dengan budu...memang perghh. Hihi
Pegaga ni memang sedap sebab ada rasa manis asli dia. Yang bestnya, lepas minum akan rasa badan sejuk je.
Monday, June 16, 2014
Resepi: Kek marble butter mudah (cawan)
Hello :)
Selamat Hari Bapa kepada abah tersayang. Terima kasih Abah. Terlalu banyak jasa abah dengan mama yang tak mampu eyin balas sampai bila2.
Dua hari sebelum hari bapa dah bertungkus-lumus siapkan video special untuk abah. Hihi. Sweet sangat, siap lagu background letak lagu Broery Marantika lagi. Seterusnya, kita buat kek pulak. Ihiks . Kek butter. Alhamdulillah menjadi dengan cantik dan gebu sangat.
Mari sini nak share resepi.
Resepi ni mama yang cari, ambik dari satu blog ni..tapi dah terlupa yang mana ihii. Nanti saya buka history cari tag nama tuan punya balik.
atas tu resepi versi ori.
Version saya senang sikit, sukatan sama tapi saya dah tukar guna cawan. Kalau rajin nak timbang boleh, bagus2, kalau rasa malas dan yakin dengan saya punya, ikut je yg ni senang.
BAHAN2:
Sebuku mentega...(buttercup/butterlite/farmcow...mana2 )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur (kalau telur gred C boleh lebihkan sebijik)
1/2 cawan susu segar (saya bancuh susu tepung sendiri)
sedikit esen vanila
sedikit serbuk penaik dan soda bikarbonat
CARA2:
Panaskan ketuhar pada 160 degree celcius.
Ayak tepung+serbuk penaik+soda=3 kali paling afdhal.
Asingkan putih telur dan kuning telur.
Pukul putih telur terlebih dahulu sehingga betul2 ringan...yang bila terbalikkan mangkuk tu, maringue(putih telur) tak jatuh.
Lepas tu,
pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan selang-seli, antara tepung, susu, dan putih telur ke dalam adunan mentega dan gula tadi.
Gaul sebati adunan, kaup balik guna senduk kayu/logam. Guna satu arah je.
Dah siap boleh asingkan dalam mangkuk, letak macam2 kaler.
(Saya punya...satu letak serbuk koko, ada warna merah, warna hijau dengan warna asli)
Sapu loyang dengan mentega.
Bakar pada suhu 160 darjah dalam 40 minit ~~1 jam
Subscribe to:
Comments (Atom)
Sambut Hari Raya Aidilfitri di Seoul,Korea (2017)
Kira-kira dua minggu lepas kami sekeluarga telah ke Korea, spesifiknya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Macammana sambut H...
-
PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH 25 JANUARI 2016 HINGGA 30 JANUARI 2016 “Niat Itu Seperti Surat. Salah Alamat, Salah Sampa...
-
Ini pula kisah ke Phuket awal tahun haritu. Uish, Lama sangat dah rasa, nak tulis pun macam dah samar-samar dalam kepala. Okay, ce...
-
Hai everybody! Semua sihat? Ada rasa macam nak demam ke..lenguh2 atau rasa badan panas? Apa kata cuba resepi jus pegaga yang superb del...
