Tuesday, December 30, 2014


Kali ni aku akan cerita serba sedikit mengenai kos yang aku dapat ni. Sains dan Teknologi Makanan di UiTM Shah Alam.
Masa aku mula-mula dapat tau ni, aku terus search google, tapi malangnya tak banyak info pasal ni. Jadi aku harap, dengan adanya blog ni aku dapat share serba sedikit pasal kos ni dengan junior-junior pada masa akan datang.
Jadi, lepas selesai minggu MDS dan pendaftaran, maka bermulalah kehidupan kita sebagai mahasiswa-mahasiswi. Pada mulanya, memang semua pun macam tak tahu nak buat apa, yelah, duduk tempat baru, fakulti kat mana apa semua tak tahu. Tapi takpe, slow2 kita belajar. Kepada yang fakulti dengan kolej jauh, boleh naik bas. Bas ni ada banyak laluan, nak senang Tanya je pak cik tu, bas ni pergi sini sini tak?. Ok , untuk Fakulti Sains Gunaan, fakulti kita terletak dalam Menara SAAS, untuk ke Menara SAAS ni kita kena naik bas yang berhenti di hadapan kolej Seroja. Bagitau pakcik tu nak pergi Seroja. FSG ni besar lah jugak, dia banyak jalan pusing2, first time memang sesat.  Tapi kejap je, dalam dua minggu dah boleh ingat semua tempat. 

Friday, September 12, 2014

CHANGE

Assalamualaikum.

It’s been a while. I miss you guys so much. I do. I really do.
But life has been really hectic these days.
Last month I may be at loss. I’ve got nothing. Not even a single clue on where will I pursue my study.
But, today here I am! UiTM Shah Alam. To be precise, it’s Faculty of Applied Sciences, Food Sciences and Technology.
Alhamdulillah. There’s nothing more that can I say.
Through all my hard times, I’ve learned few things.
“Life is full of twists and turns you never see coming, but the unknown isn’t always bad. To choose your destiny, to create a future, that depends on you.”
My family and friends also are cheering for me, endlessly. Thank you,really. =’)

And a friend sent this to me. I would say this really worked to motivate me back:
Surah At-Tolaq (65:2-3)
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

That was beautiful right? Read, understand, and try to feel it.


Friday, August 08, 2014

Selamat Hari Raya! #NikMaricanRaya |2014| |Baju, biskut raya,etc|

Assalamualaikum.




Okey seminggu raya, amacam best tak? Hehe. Cerita raya aku kali ni panjang sikit sebab ada banyak drama. fuhhh. serius macam-macam jadi, rasa macam duk dalam cerita Samarinda: Ramadan Jangan Pergi pun ada. Haha.
Ok cerita panjang yang atas tu pun tak guna sebab korang takkan faham, heee. Tu rahsia cerita raya kitorang , yang aku namakan "The Fault in Our Raya". Mungkin lain entry baru aku cerita sikit2.


Let's get into the best and fun and enjoyable parts!!!




Cerita Raya 2014



                            



Mula dari bulan puasa betapa eksaitednya nak raya, kejap bukan saja-saja eksaited lebih tahun ni, tapi sebenarnya buat ganti tahun lepas punya. Tahun lepas tak puasa kat rumah jadi tak dapat buat preparation raya langsung, sedihh sebab tak dapat tart nenas hasil air tangan sendiri. Tapi tahun ni tidak lagi! Hehe. Biskut raya , saya buat! Ofkos yang kita suka, tart nenas no.1 favourite mama dan saya. Lepas tu biskut cip coklat yang semua orang suka. Sayangnya biskut semperit tak sempat buat.
Dua hari sebelum Raya, kitorang buat tapai. Tapi masa ni saya tak berapa sihat, masa buat tu pun pening2 rasa nak demam. Dan malam tu , demam.
Sehari sebelum raya pulak adalah misi membuat ketupat, haha , tadi tertulis keputat rasa kelakar gila,okey, sayagelaksorang2rupanya. Malangnya, semua dalam rumah tu demam, taklah semua. Tapi, last2 yang duk bungkus ketupat tu mama, "cek"(nenek), dengan eyin jaa. Faham2 jelah budak baru belajar nih, orang lain buat jadi ketupat, eyin buat jadi 'keputat' haha boleh agak tak rupa dia bila dengar nama 'keputat' tu?
Tak kesahlah. Rasa dia sama jugak, sedap. Serius sedap. Tapi kali ni buat yang kosong je, takde inti, sambal daging, kacang bagai.



Baju raya. Betapa gigih kakelly dengan eyin bukak website/ig Jovian, Azuracouture, Rizalman habis semua designer sebab nak tengok design baju raya. Beli dengan diorang? Mestilah tak. Sebab mama boleh jahit semua tu. Percaya atau tidak, mama dah buktikan. Yang penting puas hati jahitan mama yang cantik dan selesa bila pakai. Awwwh WE love you so much Mama!
Lepastu, kami sibuk pulak cari tudung raya. Mula-mula cari dekat kuching ni, tapi tak jumpa. Ingat nak pergi KL singgah Jalan TAR dulu, hmmm tak jadi pulak.
Nasib baik ada last choice, Pasir Mas. oh yeah. Sebab kitorang memang suka pakai tudung bawal, apalagi suka sangat bila masuk dalam pasar Pasir Mas tu, macam2 jenis tudung bawal, kualiti bawal dia cantik tau, harga pun berpatutan. Bawal yang baru sekarang nih, bawal batik. Dia ada corak batik cantik sangat. 



Nih baju eyin cari. Gambar dari Zalora: Jovian punya




Nih Kakelly. Sama jugak dari Zalora: Jovian




Perjalanan. 

Ini part yang semua orang tak suka. Perjalanan balik kampung. Dari kuching flight ke kl.(tak penat) Dari kl drive ke kelantan. (penat). Walaupun bukan saya yang drive tapi duduk atas kereta juga adalah sesuatu yang memenatkan. *sigh* bertolak pukul 7pagi dari kl sampai kelantan pukul 4 petang. Kira okey dah tu jalan tak jem. 


Akhir sekali, koleksi gambar raya favourite.  #NikMaricanRaya2014


Semua pakai tudung bawal, style je lain.



Baju Mama Jahit yang exactly sama!
Tengok yg kakelly pun sama kan!



Cousins


* Sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukuplah setakat ni dulu.

SELAMAT HARI RAYA. Raya sebulan okey, heee. kosong kosong.






Sunday, July 13, 2014

5 steps natural make up




Hai! 
Selain suka keluar jalan-jalan, perempuan mesti suka tengok barang-barang mekap kan.
Dan setiap kali nak keluar jalan-jalan mulalah fikir nak pakai baju apa, nak mekap macammana, etc...
Jujur, saya tak reti mekap. Setakat perhati tutorial dalam youtube tu, lepas tu baca sikit-sikit pasal mekap, kulit, dan semua yang berkaitan. 

Tapi nak feeling2 cantik dengan mekap jugak?

5 steps natural make-up:

1) Base makeup
Pakai bb krim/ concealer
Sapu bedak sikit.

2) Kening
Rapikan kening. Bentukkan elok-elok.

3)Eye makeup
Curl bulu mata lepas tu pakai mascara.

4)Lipstick
Pakai lipbalm untuk memberikan kelembapan pada bibir, kemudian boleh sapu lipstick/liptint/lipstain/lipgloss.

5)Blusher
Tambah kaler2 sikit dekat muka dengan blusher. Kaler peach sesuai untuk natural look. 
*Nak jimat masa guna lipstick tadi sapu sikit kat pipi, blend elok2.

Siap! =)

Ini benda basics. Apa yang saya rasa best atau bagi effect cantik tu saya pakai je, hehe.

Ini salah satu video mekap yang paling best, sebab dia bagitau steps by steps, dan selalu bagi info-info menarik.


Monday, June 30, 2014

Basic Skincare Routine

Aku suka baca dan ambil tahu dalam bab2 penjagaan muka. Lepas tu aku akan cuba praktiskan dan apa sahaja yang bagus kita share sama-sama. Dulu dengan kakak-kakak dan mama je, sekarang takde kerja dah start cerita dekat adik-adik lelaki aku. Untuk kebaikan diorang jugak. Aku kasi moisturizer, toner dan macam-macam lagi. Diorang pakai. Heheh dah kena paksa.

Kenapa perlu semua ni?
Sebab ni penjagaan muka yang asas.............

Basic Skincare Routine! 

Tapi sebelum tu, kita kena tau jenis kulit kita ni macammana...kering ke? normal? berminyak? atau kombinasi? Saya...........KOMBINASI. Macammana tau? hmmmm banyak-banyak buat eksperimen kat muka sendiri. 

1) PENCUCI MUKA

                                                                 

Mula-mula kena test pencuci muka tu sesuai ke tak dengan jenis kulit kita. Kita juga disarankan agar tak terlalu kerap cuci muka. Ya, jangan selalu cuci muka! Saya maksimum sehari dua kali. Sebelum tidur yang wajib, tapi bangun pagi yang masa subuh tu jangan cuci muka guna produk pencuci! Guna air sahaja cukup. Masa kita tidur, muka kita akan keluarkan natural oil yang baik untuk kulit, untuk melindungi kulit. Kebanyakan produk pencuci ni dia akan menghilangkan semua minyak asli tadi..which is not good. 

2) SKRUB

                 

I love scrub! Skrub pakai dalam 2/3 kali seminggu. Bila kita skrub muka atau badan, segala sel-sel mati akan tertanggal dari muka lepastu muka rasa licin sangat. Sel mati sebab dah lama terdedah pada pancaran matahari (UVA/UVB). Sebab tu kadang-kadang kulit boleh jadi kusam, tak bermaya, tapi bila skrub kulit kita akan glowing glowing balik.

3) MASK

                                               

Mask ni amat bagus sebab dapat bagi macam-macam nutrien untuk kulit dan kita pun akan rasa segar. Tapi yang ni saya malas sikit, sebab kena tunggu pastu cabut/basuh, agak leceh. Tapi homemade mask kalau buat memang best dan sangat berbaloi! Mask ni pun 2/3 kali je seminggu.

4) TONER

                                 

Toner aka penyegar. Toner ni untuk menyegarkan dan mengecilkan pori-pori muka. Lepas cuci muka, pakai toner.,untuk pastikan semua kotoran betul-betul tanggal. Toner ni kan sejuk, sebab tu dapat kasi kecilkan pori-pori. Ada tiga cara untuk pakai toner.
---------Cara cepat:   Titis atas tangan terus tepuk atas muka.
----------Cara biasa:  Titis atas kapas, lepas tu sapu kat muka
----------Cara mask:   Basahkan dua tiga  kapas dengan toner, tekap dekat muka, biarkan 20-30 minit.

5) SERUM

        

Serum ni paling cepat bertindak masuk dan memberi kesan ke atas kulit kita. Tekstur serum yang sangat halus dan ringan sebab tu dia senang bawak nutrien masuk ke dalam kulit. Harga serum ni boleh tahan jugak tapi berbaloi sangat.

*ACNE solution.
Lepas pakai serum, baru sapu ubat jerawat di bahagian tertentu.

6) MOISTURIZER/ PELEMBAB

     



Do not underestimate the power of a MOISTURIZER. Pelembab ni bagi saya sangat penting dan saya tak akan pernah tinggal. Sebab utamanya adalah kulit yang kering. Pakai pelembab memang dapat cover masalah ni. Pemakaian pelembab juga penting untuk sesiapa yang mempunyai kulit jenis berminyak, cuma kena pakai yang sesuai dengan kulit. Untuk kulit berminyak, cuba guna Organic Aid. Untuk yang sensitif, try Simple.

Sekian, untuk basic skincare routine.

To be continued..................basic makeup....next post!

Thank you.


Saturday, June 28, 2014

Eratkan Hubungan, First Step, Ramadhan.

Apa pesanan untuk hari ni ye??

Semangat nak update blog , tapi idea melayang.

Sebab esok dah nak puasa, jadi dari semalam mood baik, bukak whatsapp hantar dekat habis semua orang
 "Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa! Mohon maaf segala silap dan salah"........

Feeling great. Ramai yang reply. 
Sebab masing-masing busy. Tak salah kalau kita yang tengah free ni yang mulakan dulu. Dapat eratkan silaturahim. 

Kadang-kadang hanya satu perkataan dan satu minit je yang perlu untuk kita buat baik. Contoh, SENYUM. Tengok orang senyum kat kita pun dah rasa happy. Senang betul saya ni happy kan =')

Rasa2 kalau yang dah lama tak contact tu, masa ni lah SEND "Ramadhan Mubarak kawanku!" kasi love lebih sikit.  Mesti terus senyum yang baca tu.

Kalau dapat bagi HADIAH tu lagi bagus. Serius perasaan bila tiba-tiba dapat hadiah adalah best sangat. Saya dah dapat. dah rasa. =') kalau boleh tiap kali cakap/jumpa kawan yang bagi tu pun rasa nak ucap terima kasih =') Tahu kan, kalau kita yang dapat ni pun dah happy kemain, ni kan pulak yang memberi. Sesungguhnya, yang memberi itu lebih baik. Apatah lagi benda yang kita dapat guna selalu =')

Dan.....SEDEKAH. Ada macam2 cara yang boleh dikira sebagai sedekah, yang penting kita ikhlas. 
Like gambar kawan dekat ig...atau like status kawan2 kt fb pun sebenarnya dah dapat ceriakan hari kawan kita tu. Bagi saya, like sebagai tanda "hai!" "saya tengok awak ni" "kita kawan" "great job" "I'm impressed with you" haha boleh jugak macam tu, nak lagi senang komen je yang baik-baik. Kenapa yang baik-baik je? Sebab ig/fb atau apa-apa je media sosial ni tersangatlah sosial sampai semua friendssss boleh tengok dan baca. Satu benda yang tak berapa sedap kita komen, hampir semua friendsss dia yang bukak dapat baca. Lagi teruk kalau yang mengaibkan. Nak tegur secara private lagi bagus. 

Sama-sama kita jaga hati. Jangan buat hati orang lain rasa marah, pedih, sakit, sedih, pecah belah patah seribu. Cuba. InnsyaAllah kita pun terlindung dari segala penyakit hati. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati.


                                             




Friday, June 27, 2014

Surah Al Kahfi

Oops. Downloads apps iQuran ni dah lama. Tapi sejak sebulan ni, setiap hari Jumaat mesti akan keluar reminder nih. Bagus betul kan! 
dan....
bila keluar reminder..dah set dah dalam kepala ni..ok kejap lagi nak baca..
lepas tu, kejap lagi...makan, duduk, baca surat khabar, tengok cerita kejap..itu kejap ini kejap...
_
_
last last..........




_
_
_
Kebaikan baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.


Sambut Hari Raya Aidilfitri di Seoul,Korea (2017)

Kira-kira dua minggu lepas kami sekeluarga telah ke Korea, spesifiknya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Macammana sambut H...