Friday, July 21, 2017

Sambut Hari Raya Aidilfitri di Seoul,Korea (2017)





Kira-kira dua minggu lepas kami sekeluarga telah ke Korea, spesifiknya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Macammana sambut Hari Raya sambal bercuti? Best tak?


BEST! 

Bila pergi sana jumpa ramai pulak orang Malaysia, barulah tahu tak pelik rupanya hahaha. Macam kami, vibes raya tu tetap rasa sebab semua jenis makanan kami dah bawa siap-siap. Rutin pagi raya kami sama, solat, makan hari raya, salam raya, bergambar ootd yang wajib. Cuma abang je tak ikut, tak apa InnsyaAllah tahun depan.


Tiba-tiba tak sabar nak Raya Haji pulak. Baru sekali tak kena penangan jem balik raya dah rindu. Tapi bila kena terperangkap dalam jem tu sampai 12-14 jam haaaa macam-macam benda keluar, jangan cakap.


Sambung Korea.

 Makan, makanan kami dah bawak siap-siap. Kurma daging, kari, ayam rebus (sampai sana boleh goreng), sambal ikan bilis, sambal hitam, rendang, lemang, beras. Boleh tahan sampai lima hari. Masa pergi Namdaemun Market, beli sayur-sayur dengan cendawan sebab murah dan segar-segar. Balik je rumah terus masak. Kami makan dan tidur, bangun sambung jalan-jalan pergi ke Dongdaemun. Kawasan yang penuh dengan shopping complex yang buka dari pukul 12 kalau tak silap tapi tutup pukul 3pagi/5pagi! Best kan! Ini memang aku harap ada sangat dekat Malaysia hahaha baru puas pusing dalam mall tu.


Keesokannya kami pergi Nami Island. Perjalanan dari bandar Seoul ke Nami Island ambik masa kira-kira dalam 3 jam. Fuhhh. Dan sebab kami pergi masa musim panas, pokok-pokok yang tersusun kat Nami Island tu Nampak sama sebijik dengan Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Serius tak tipu hahaha. Jadi, aku sarankan, kalau nak pergi Pulau Nami, pergi bukan musim panas. Sebab masa kat Seoul tak adalah panas sangat, macam kat Cameron highland je rasa, tapi bila dekat Nami Island tu lain macam betul panas dia.


Hari terakhir, kakelly bawak eyin pergi COEX Mall @ SM Town. It was like dreams come true. Sebab dulu-dulu selalu berangan nak datang, akhirnya, dapat jugak tengok depan mata semua benda tu. Walaupun dah tak layan kpop, tapi bila pergi tu rasa macam awhhh betul-betul nostalgic. Sebab aku dah tak layan group2 baru, layan masa yang dulu2 punya je, Suju, DBSK, Bigbang, 2pm, SNSD, T-ara dan sezaman dengannya. Part paling best dalam Mall tu, dekat ruang legar dia buat tempat baca buku awam, ada banyak buku-buku dan tempat duduk. Kagum!


Kalau ikutkan memang banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang kami tak pergi. Tapi percutian kami best sebab tak rushing. Jalan sendiri tak pakai mana-mana travel agency. Senang sikit, ikut mama abah kalau penat jalan kita balik dulu rehat, lepas tu baru sambung. Yang penting, pergi mana-mana semua happy.


Tapi serius rindu uwais, abang dgn kak epi. Harapnya lepas ni semua boleh ikut sekali.



Terima kasih sudi baca. Nanti ereen update vlog yang dah lama nak buat tu tapi ada masalah teknikal sikit tak dapat nak upload. Ni pun tak dapat nak letak gambar banyak atas masalah teknikal, sorry semua.
Bye! Assalamualaikum ^^

Short and Sweet Trip to Phuket



Ini pula kisah ke Phuket awal tahun haritu. Uish, Lama sangat dah rasa, nak tulis pun macam dah samar-samar dalam kepala. 

Okay, cerita pasal Phuket ni sebenarnya inilah trip yang paling tak pening kepala, aku tak susun apa, dari segi jadual nak pergi mana apa semua, dan paling best rasa macam trip family sebab semua boleh masuk kepala. Mula dengan kerja part time sebab tolong kawan je sekali dapat pergi bercuti! Gila tak suka haha mestilah seronok! Ribuan terima kasih kepada Fit Malaysia, abg Charlie, Azie, Syafiq, Ema, Kesi, Adib, Abg Own, dan Fatin yang selalu duk jaga ereen. Aku kira macam adik bongsu lah sebab paling muda gittew.

Masa tu aku baru je lepas exam tak sampai seminggu terus pergi sana, sebab tu kata tadi tak banyak involve sangat masa diorang susun jadual nak jalan-jalan kat mana nak main apa itu ini. Lagipun aku ni tak adalah banyak pengalaman sangat pergi bercuti oversea jadi kita follow je dulu.
Kami stay sana 3 hari 2 malam kalau tak silap. Ereen takkan cerita ni details tau, tulis apa yang ingat je ni. Apa yang kitorang buat, kita pergi Island hopping, pergi spa manja-manjakan badan, naik gajah, pusing pantai, shopping.

Aku eksaited betul nak Island hopping sebab tu pengalaman pertama tapi rasanya lepas ni tak nak dah hahaha. Cukuplah dapat rasa sekali. Walaupun dah pakai sunblock tapi burn jugak huhuhu. Besttt je sebenarnya dapat ambik gambar cantik-cantik dengan pemandangan dia SubhanaAllah cantik. Masa tu jugak first time aku snorkelling. Nak tergelak bila ingat balik macamana aku menggelupur dalam laut tu sebab tak reti nak sedut nafas ikut mulut ke hidung lepas tu masuk air masin pulak ya Allah hahahha taktau masa tu nak gelak ke rasa macam di hujung nyawa dah hahahaha. Lama-lama sikit baru okay, boleh dah acah-acah menikmati laut ikan-ikan, batu karang, sekali nampak ada landak laut mulalah menggelupur balik nak lari jauh-jauh. Best dan penat. Balik tu serius penat dan lapar, kami beli street food buat alas perut. Street food dekat Phuket sedap sangat gaisss! Murah pulak tu. 
Kami keluar makan malam lambat sikit sebab masing-masing penat lepas seharian Island hopping. Dinner makan seafood halal, ada banyak, senang je cari. 

Nak rileks2 lagi kami pergi spa buat massage. Aku pilih coconut oil massage kalau tak silap. Yang abg adib dengan Shafiq diorang ambik Thai Massage lepas tu keluar-keluar tu muka stress sebab dapat tukang massage shemale HAHHAHAHA.

Secara peribadi, aku suka trip dengan diorang ni, tak rushing dan relaks. Mungkin ada sesetengah yang macam kalau pergi satu tempat tu nak buat semua benda sebab alang-alang dah sampai kan, tapi bagi aku, aku lagi suka momen dengan orang sekeliling. Jadi bila kita pergi dengan orang lain, dengan kawan kita, momen dengan mereka tu yang best. Bila kita buat apa-apa kita buat sama-sama dan pastikan kita sama-sama gembira.  

Sunday, February 21, 2016

7 TIPS MENGHADIRI AUDITION/INTERVIEW/TEMUDUGA

Okay, mulanya ereen ingat tak nak bgtau sapa-sapa pun sebab pergi ni pun last minute, hari sebelumnya tu baru je balik dari Aceh. Uish penat lelah belum hilang lagi, tidur tak cukup lagi dah nak masuk clever girl pulak dah. Haha but wait i'll tell u guys the story, it was quite funny actually.
Di sini juga saya listkan 7 tips mudah untuk anda menghadiri audition atau interview atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya.


#Tips1: Get full energized


Untuk pergi audition/interview, anda perlu dalam keadaan yang penuh bersemangat dan ceria sebab kita nak tarik perhatian orang, supaya pandang kita supaya bagi full attention pada kita. Barulah kita dapat tunjuk apa kekuatan dan kelainan yang ada pada diri kita, dan lebih mudah untuk kita sebarkan aura positif daya tarikan magnet tu, yang penting FULL OF CONFIDENCE AND BE YOURSELF.

Better tidur awal malam sebelumnya tu.

DON'T!

Jangan pergi dalam keadaan yang penat muka tak cukup tidur otak macam tak pijak di bumi nyata lagi. Sebab itulah yang terjadi dekat aku dimana....

Sehari sebelum:

Ereen baru balik dari Aceh, jadi malam tu kitorang (kakelly and i) macam bincang nak pergi ke tak, nak pergi ke tak? Last last kitorang pergi, tunggu turn untuk sesi bertulis tu pun aku dah tertidur dua tiga round, dua tiga kali jugak kena pergi toilet touch up balik. Tak kira lagi orang kiri kanan duk pandang, hmm kesiannya budak ni sampai dah tidur kat kaki lima tepi ni. Yeap. So, you don't want to be like me, get that?


#TIPS2: Doa ibubapa/sahabat. Berkat


Di hari kejadian, awal pagi lagi mama kol tanya dah siap belum, bila nak pergi, etc.. Aku yang angkat fon masa tu macam uhh ahh err tak tau lagi pergi ke tak sbb emm macam ahh..Haaaa. Apa lagi terus kena tazkirah pagi dgn mama. Ok kami terus siap.


Doa ibu bapa itu sangat penting, kata-kata mereka itu sahaja dah ibaratkan sebagai doa untuk kita dan semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kan, apa yang mereka harapkan adalah anak yang sentiasa berusaha, yang yakin dengan diri sendiri, yang ingin berbakti kepada ibubapa mereka. Jadi, kalau nak buat apa-apa make sure parents tau dan minta mereka doakan, InnsyaAllah dipermudahkan. Sama jugak dengan apa yang mereka harapkan kepada kita, dan instinct ibu tu selalunya betul.



#TIPS3: Plan, Organize, Check, Practice


Ini steps paling penting. Anda perlu sentiasa bersedia supaya tak gelabah dan pastikan semua benda berada di bawah kawalan. Contoh, buat research dulu ttg apa program yang kamu nak join, ttg company yg kamu nak pergi iv tu, buat checklist apa barang yang perlu dibawa, pastikan semua barang dah siap sehari atau malam sebelumnya. Kalau takut nanti masa cakap tiba-tiba blank ke gagap ke, make sure anda dah siapkan teks, anda tahu dah nak cakap apa, hafal dan fahamkan teks tu. Yang paling penting, you enjoy and let others feel it too.


Sekali lagi, jangan jadi macam aku,

My sis had done a little bit of research and she found out that ada ujian bertulis. APA?! Aku tak tau sebab aku langsung tak ambik tau sebelum tu. Serius lah bro, i tak study ni........ aku dah down, aku macam tak apalah kakelly pergi eyin stay rumah , that's it. 
Tapi aku pergi jugak, korang dah baca cerita dia kat atas kan.
Pukul 12 sampai sana. Tambah sadis bila aku tak bawak fon, tak bawak pen, LUPA. I told myself, ereen u dah tak ada harapan ni, ujian bertulis kot and u didn't even bring pen? haih Orang lain tengah study tau, eyin henset pun tok bowok. Down gila masa tu bak ang.


#Tips 4: Make some friends


We try to make some friends, talk to this girl, rupanya dia sampai pukul 10 tapi dah dua jam nama dia belum panggil lagi. Okay, good, maksudnya aku ada banyak masa nak prepare, research dan explore, yeay! Try to be cool, jalan2, look around. Kebanyakan yang datang audition semua cantik macam model, tinggi lampai, dah kerja, ada bisnes, study phd, master, degree. Anddd there is me, student. lol.


Hello penting tau untuk anda pergi bergaul dan beramah mesra dgn semua orang, selain daripada dapat kenal kawan baru, anda dapat belajar banyak benda baru jugak. whoa. yang penting sekali, ada antara mereka ada rahsia atau tips untuk anda dapat lepas iv tu, believe me. All you need is to talk, make some friends, ask them. 



#Tips 5: Use your time wisely

Kitorang tunggu dekat 4 jam, rata-rata semua mcm tu. Sebelum tu aku nak give up, tapi bila fikir balik aku dah susah suah datang, kawan-kawan lain punyalah beriya rekemnkan aku datang at least aku kena cuba buat, tengok aku boleh sampai jauh mana, kan? 

Macam aku cakap tadi, kadang-kadang ilmu untuk lepas iv ni tak ada dalam buku, korang bacalah banyak mana pun, ia takkan terus jadi, so praktis. how? Use your time wisely. Jangan duduk dan baca je. Pergi praktis jugak. Pergi jumpa orang. Macam nak dekt sama dengan huraian point tips4 tapi saya harap anda faham apa yang saya nak sampaikan ni. faham? mesti faham, yeah.



#Tips 6: Come up with a strategy


Jadi, kena ada strategi. Kata cleber girl, kenalah ada strategy sikit. Work smart sikit. Dalam hidup ni, usaha saja tak guna, anda work hard anda penat, bila tak dapat anda akan rasa down yang teramat sangat. Lain kali cuba work smart, anda akan rasa hidup ni lebih bermakna. Means, jangan terlalu bergantung kepada diri sendiri aka perasan i boleh buat, only me and I. NO! We are humans, and we are not perfect. Come up with a strategy means to have a team. Work always done better when you're not doing it alone. Two is always better than one. Always remember to put faith in Allah too. We plan and Allah plan, but His plans is the best. Redha dan tawakkal tu penting. 



#Tips 7: Stay Humble and Be Confident!


Bila bercakap dgn org lain jangan terlalu over-confident, dan jangan terlalu takut, jangan terlalu fake, tetapi ada kalanya jangan terlalu mudah tunjuk rupa sebenar. Sebab fitrah manusia ni, kita akan judge orang. Pada first impression, kita hanya perlukan dalam 5-10 saat untuk bagi org fikir first impression dia terhadap kita. Cara kita berjalan, gaya kita cakap, intonasi suara, bahasa badan mungkin, ada yang orang tak suka, walaupun sikit, tetapi ia boleh jadi point untuk interviewer tu tolak kita. Sebab itulah kena pandai tarik tali sikit. Bila kena psycho, be cool dulu, dan jawab dengan confident but remember humble. You can do this? Are u sure? 

Of course, I can. InnsyaAllah. Plus, I've done it bla bla (give ur reason and try to make the interviewer believe in you, give proof).....
Dont forget to SMILE. 


That's all the seven tips. Hope it can help u guys. Don't be like me, because when i think about it, i realize that i could have done better. Hahaha. 


EREEN MARICAN

A MEMORY TO "CLEVER GIRL AUDITION"

PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH UiTM

PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM ACEH
25 JANUARI 2016 HINGGA 30 JANUARI 2016


“Niat Itu Seperti Surat. Salah Alamat, Salah Sampai Tempat.”

Alhamdulillah, 22 orang sukarelawan bersama seorang pegawai pengiring dan dua orang wakil media telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 6.00 petang jam Malaysia pada tarikh 30 Januari 2016. Di saat jurnal ini sedang ditulis, ketahuilah pengalaman selama 6 hari 5 malam itu bagaikan mimpi kepada kami semua. Impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah itu ibarat angan-angan yang kami bina selama hampir 5 bulan, siapa sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya percaya yang semua ini bermula dengan niat. Niat ikhlas untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mereka di Aceh.

Setibanya di Aceh, saya menyedari betapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan segala nikmat yang kita peroleh. Saya turut merasa kagum dengan kekuatan jati diri dan semangat untuk terus maju yang ditunjukkan dalam diri orang Aceh. Sayu diri ini tatkala melihat keperitan hidup yang mendesak golongan-golongan seperti anak yatim dan orang miskin, namun mereka sedikit pun tidak mengeluh, malahan menjadikan keperitan hidup itu satu pemangkin untuk melangkah jauh ke hadapan. Saya berasa sangat gembira setiap kali dapat bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak yatim dan orang miskin di sana, lebih-lebih lagi itu adalah pengalaman pertamaku. Antara  rumah anak yatim dan perkampungan orang miskin yang kami lawati adalah Kompleks Perumahan Tzu Chi, Rumoh Seujahtra Aneuk Nanggroe, Perkampungan Kutaraja dan Gampong Jawa. Kami menari, menyanyi dan belajar bersama-sama dengan adik-adik di sana dan memberikan sedikit sumbangan dan hadiah. Mungkin pada orang lain hal ini tidak seberapa, namun ia sudah cukup untuk kami berikan sedikit cahaya kegembiraan di wajah anak-anak ini. Semasa sesi Art Therapy bersama Dr. Rafidah, sekali lagi saya diberikan peluang untuk bersama-sama menyelami hati dan perasaan anak-anak kecil ini. Sebak dada apabila ramai yang menyatakan kerinduan terhadap ahli keluarganya. Apa yang dapat saya lakukan untuk bantu mereka? Saya dan rakan-rakan lain cuba sedaya upaya memberikan kata-kata semangat dan berusaha meyakinkan mereka untuk terus kuat dalam mengejar impian masing-masing.

Di samping itu, kami juga berpeluang untuk ke beberapa tempat bersejarah peninggalan Tsunami pada tahun 2004. Antaranya Kuburan Masal, Kapal Apung, Masjid Baiturrahman, Masjid Baiturrahim, dan Kubah Terapung. Walaupun sudah 12 tahun Tragedi Tsunami di Aceh telah berlalu, namun kesan peninggalannya itu cukup untuk memberikan keinsafan dan membuktikan kebesaran Allah S.W.T kepada kami semua. Agak terkilan diri ini apabila saya tidak berpeluang ke Muzium Tsunami tetapi perlu ke Kantor Dinas Sosial bagi menguruskan hal berkaitan makan malam. Di saat itu, saya telah pelajari perkara baharu di mana walaupun kita serumpun, namun adat kita berbeza dan adat untuk majlis makan malam juga berbeza. Majlis Penutup dan Malam Kebudayaan merupakan malam kemuncak kami di sana, ia dihadiri oleh Prof Madya Sr Hj Ahmad Yaziz bin Hj Ahmad dan Wali Kota Banda Aceh. Tidak akan saya lupakan pengalaman pertama melakukan persembahan tarian Ngajat Tampi di hadapan hampir 100 orang. Bayangkan, kami semua yang tiada asas menari, telah bertungkus-lumus mempelajari tarian ini selama hampir tiga bulan untuk dipersembahkan pada malam itu.

Akhir sekali, pengalaman menyertai misi kemanusiaan peringkat antarabangsa ini telah memberikan seribu satu erti yang sungguh bermakna dalam hidupku. Hubungan persahabatan yang telah terjalin erat antara Malaysia-Malaysia dan Malaysia-Aceh merupakan satu petanda bahawa program ini sangat berjaya. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi MARA atas peluang yang diberikan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemberi semangat kami, Puan Noor Afzan binti Zakaria merangkap guru Subjek Kokurikulum Pengucapan Awam kerana sentiasa memberikan aura positif dan kata-kata semangat kepada kami semua. Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat baru daripada Universiti Syiah Kuala dan Universiti Islam Ar-Raniry yang banyak membantu dan menjaga kami sepanjang program berlangsung. Tidak lupa juga, salam sayang dan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan yang saling melengkapi antara satu sama lain yang saya kira merupakan penggerak utama kepada misi ini. Semoga hubungan yang terjalin kerana Allah ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
“Sebagai Manusia, Aku Sayang Padamu.”

NURSYAZREEN BINTI WAHID MARICAN
HPD 222A


UITM SHAH ALAM  

Infiru! Berangkatlah! Maju kehadapan dan berjihad kerana Allah, terus melangkah kuat dan gagah mengharungi liku-liku kehidupan. Senyum tatkala kehadapan, jangan angankan perkara yg sudah berlalu, sedia membantu demi bangsa agama dan negara, kerana firman Allah menyeru kita untuk sentiasa berbakti kepada yang memerlukan.

"Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dgn keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tggungjawab) dan berjihadlah dgn harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah untuk membela orang Islam , yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah:41)















2016 it was just the beginning

Haii Assalamualaikum! Entry lepas bertarikhkan tahun lepas buat aku termenung seketika. What have i done?? Busy beno sampai tak menyempat nak update apa-apa. Ereen rindu blog tapi most of time perasaan malas yang membuak-buak menghalang aku nak update blog. Rajin yang ada tu cukup-cukup lepas untuk pergi kelas, masuk lab, buat lab report. Hahahaha.

Apapun kita lupakan benda yang dah lepas sebab minggu depan dah nak masuk sem baru, ni tahun baru, yeay! or nay? ok.

Baru-baru  ni ada dua peristiwa yang best, antara pengalaman yang tak akan aku lupakan dalam hidup, iaitu pergi ke Aceh (Misi Kemanusiaan Aceh UiTM 2016) dan pergi ujibakat CleverGirl. Hahah. Ingat nak share sedikit sebanyak dekat blog terchenta ni. Jadi, stay tuned. =)




Wednesday, July 15, 2015

Adab Mudah di Hari Raya Aidilfitri

Dah nak raya kan?

Hari raya tu hari kemenangan. Terkadang kita terlalu gembira sampai terleka semua yang kita jaga sepanjang Ramadhan menjadi ibarat butiran garam yg gugur ke dalam laut.

Apa lagi yang perlu diambil berat di Hari Raya?

1) Salam
Tau ramai yg forward ttg dengan siapa kita boleh salam ke tak boleh salam. Tapi adab masih perlu jaga. Kalau ada orang hulur, guna cara baik utk tolak. Jangan menyinggung perasaan orang lain.

2) Sapa
Jumpa saudara mara sepupu sepapat pun setaun sekali je, tegurlah. masa ni kita nak rapatkan ukhuwah. Jangan asyik duduk berpuak. Lagi-lagi yg dah besar panjang, letak tepi dulu smartfon tu 😪

3) Jangan mengumpat
Haaa yg ni perempuan dh tak boleh lari kot. Jaga mulut ya semua. tau eksaited lama tak jumpa ada banyak cerita tapi tak perlu kot, lagi2 yg diumpat tu saudara mara sendiri jugak hm.

4) Bersederhana
Asal raya je semua nak beli baru. perlu ke? Kalau sampai lari bajet tak perlu lah. Raya setaun sekali, tapi nak hidup lama lagi. Jangan lepas raya duduk termenung fikir duit sudah.

5) Adab pergi beraya
Yang lelaki please jangan merokok masa pergi beraya rumah orang kecuali tuan rumah tu pun merokok then okay. kalau tak tolong jangan. pantang betul.

Yang ada anak kecik omey omey tu harap pantau juga anak2 di samping syok makan ketupat. 😂

Last sekali kepada anak anak muda remaja, lepas siap makan buatlah acah2 nak basuh pinggan tu, tapi jangan risau sebab tuan rumah sure tak bagi punya. Tapi usaha kita yang angkat pinggan dan bersungguh-sungguh nak basuh itu yang kita nak ha!

Akhir sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 😘


Puding Roti Santan

Resepi puding roti kalini kami buat pakai santan!

Resepi:
Santan pekat
Air
Gula
Telur
Roti

Carik roti, blend semua bahan dan tuang dalam bekas berisi roti. Kukus/Bakar. Siap dengan sempurna.

Nanti saya bagi resepi full sebab ni update cepat2 pakai fon tak nak bagi lupa je dulu.


Sambut Hari Raya Aidilfitri di Seoul,Korea (2017)

Kira-kira dua minggu lepas kami sekeluarga telah ke Korea, spesifiknya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Macammana sambut H...